Tuesday 17 January 2012

kes tak puas hati

WWWWWWWAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRGGGGGGGHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!

Jangan terkejut lak nape aku menjerit cam orang kurang pendidikan tadika...ni sume kes tak puas aku dengan toke kedai runcit tadi...ada ka patut megi RUSKI yang sedap ala-ala penampar mak tiri tu die letak harga rm7.00 !!!  PERGGGHHHH !!! Ini sudah melampau...tak menghormati golongan penganggur macam aku langsung..mentang-mentang bantuan rm500 dah diberi tapi bukan semua yang dapat..Huh! Mau bertekak aku dengan toke tu...last-last dapat la kurang 50 posen....adess, penat mulut ja. Membazir ja air liur aku yang berharga tu..better aku bagi air liur aku tu kat pejalan kaki jarak jauh. Leh jugak hilangkan penat diorang yang umpama 100 hari puasa air...aku cadang nak bawak hal ini ke PERDANA MENTERI MALAYSIA kita..aku mahukan keADILan !! Mari semua join aku !!! Kita suarakan hak kita sebagai pengguna !!

***sedap wooo megi niyh !!!

Thursday 20 October 2011

SEBUAH CERITA SERAM

Sebelum anda berazam untuk terus membaca entri ni,tanyalah pada diri anda sama ada anda telah bersedia untuk melayari kisah seram yang paling seram di antara paling seram.Oleh yang sedemikian, seandainya anda mewarisi sakit jantung,lemah semangat atau penakut dinasihatkan supaya tidak meneruskan pembacaan anda. Amaran ini bukanlah satu jenaka atau pun lawak biol yang di buat oleh Amir Maharaja Lawak tu. Walaupun penulis blog ni boleh dikategorikan bakal menganggotai team lawak JOZAN, tetapi diingatkan bahawa sekiranya terjadi sesuatu kepada anda akibat membaca cerita ini, janganlah disalahkan sesiapa pun kecuali diri sendiri. Kenapa cerita ini dikategorikan paling seram melebihi dari cerita HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH?? Mungkin anda sedang memikirkan persoalan itu. Manalah ada cerita hantu Melayu yang betul-betul seram. Malahan ada cerita seram yang radiasi kelakar nya boleh memecahkan air ketuban seorang perempuan mengandung. Bukan nya orang jadi takut, tapi jadi hairan kerana tidak dapat mengenal pasti unsur-unsur seram yang boleh membuat air kencing terpancut dengan begitu bebas.
   Sekali lagi diingatkan bahawa cerita ini memang seram. Anda memang boleh untuk tidak mempercayainya tetapi di akhir nanti anda pasti akan menyesal kerana terus membaca cerita yang paling seram ni. Belum pernah ada cerita yang lebih seram daripada cerita ini. Anda juga boleh  memilih untuk menghentikan bacaan kerana itu hak anda. Lagipun bil internet, anda yang bayar. Jadi itu hak anda. Tiada siapa yang boleh menidakkan nya. Sebagai rakyat sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen,anda memang ada hak sebagai pengguna. Namun begitu, ingin diingatkan sekiranya perkara ini dipanjangkan, tidak ada sesiapa yang akan mendapat untung kecuali makcik kantin sekolah rendah yang mengambil kesempatan berniaga di tempat awam apabila musim cuti sekolah.
   Sesetengah dari anda mungkin tersenyum sinis membaca mukadimah cerita ini. Biasalah sikap manusia yang angkuh dan sombong. Menganggap diri mereka paling berani kalau nak dibandingkan dengan team POWER RANGER yang melawan orang-orang jahat daripada menakluk bumi. Bagi pengetahuan anda, sekiranya anda terus membaca sampai di sini, bermakna anda pun mempunyai sikap-sikap sedemikian. Tahniah diucapkan kerana anda begitu tekun membaca. Namun dinasihatkan sekali lagi,cukuplah. Berhentilah dari terus membaca kerana cerita seram ini akan bermula padabila-bila masa.
   Sesuai dengan tema cerita iaitu seram dan menakutkan, kejutan akan bermula sebaik saja cerita seram ini bermula. Jangan berlagak dengan tersenyum menunjukan konon nya anda langsung tidak kecut perut. Anda tidak tahu kejutan yang bagaimana sedang menunggu di permulaan cerita. Sekiranya anda masih degil, biarlah diberikan sedikit intro reaksi yang akan anda terima sebaik saja cerita ini bermula.
   Cerita ini pernah diceritakan secara lisan kira-kira 50 tahun dahulu iaitu sewaktu negara sudah merdeka. Sebaik sahaja cerita ini bermula, 3 orang pendengar terus koma selama 50 hari, tiga orang terus mati dan selebihnya histeria selama 50 jam lari berganti-ganti. Hanya 3 orang sahaja yang tidak mengalami kesan dari cerita yang diperdengarkan. Tetapi anda jangan takbur dengan menyamakan mereka bertiga sama dengan diri anda. Setelah dibuat penyelidikan,mereka bertiga rupa-rupanya \mengalami masalah pendengaran yakni lebih tepat lagi PEKAK. Bukan setakat pekak badak tetapi sudah memasuki tahap pekak cipan beranak enam. Demikianlah apa yang terjadi. Tidak mustahil fenomena ini akan berulang kembali sekiranya anda masih berdegil dan berganjak untuk membaca cerita ini. Saya pasti anda semestinya telah berhenti membaca kecuali anda benar-benar degil mengalahkan firaun. Tapi tak mengapa, macam telah dikatakan tadi, itu hak anda untuk meneruskan pembacaan anda. Tiada siapa yang boleh melarang anda.
    Sudah sampai masanya untuk cerita seram ini bermula. Bersedialah untuk mengalami kejutan yang bakal merubah masa depan anda. Sama ada anda akan masuk ke hospital atau terus ke kubur, itu anda tanggung sendiri. Agak sukar untuk memulakan cerita ini mengenangkan kesan buruk yang akan menimpa anda semua. Sebagai warga negara yang prihatin dan berdaya saing, mendatangkan malapetaka kepadaorang lain bukanlah sifat yang terpuji. Sama seperti curi lolipop kat kedai Ah Kiat dan kentut di dalam kolam, memang tidak elok sangat di amalkan.
     Setelah mempertimbangkan pelbagai perkara, untung dan rugi akibat daripada cerita seram ini, satu kesimpulan telah di ambil. Agar tidak menimbulkan fenomena seram yang boleh meninbulkan rusuhan dan kegemparan, keputusan dicapai agar cerita seram ini tidak akan diceritakan kepada sesiapa jua. Ia akan terus disimpan agar semua orang boleh hidup aman damai..

Sekian terima kasih !!!!


p/s: jangan marah haa...joking-joking jaaaa